Jenis Jenis Babi

landrace.jpg LANDRACE : Negara asal: Denmark. Kacukan diantara Large White hog dari England dengan babi asli. Warna – putih. Berbadan panjang dengan 16-17 pasang tulang rusuk; belakang yang hampir rata. Kepala panjang dan agak sempit ; telinga yang berat dan besar dan rapat ke muka. Daging yang banyak dikaki terutama di rel. Ibu babi cepat berkembang biak dan berkebolehan mengeluarkan susu. Mengeluarkan susu yang tiggi selepas 5 minggu laktasi.

yorkshire.jpgYorkshire :Negara asal: England. Babi pedaging. Membesar lebih dari 3 lbs/hari dengan penukaran makanan 1.94. Ibu yang berkebolehan, anak yang besar.

angelnsaddleback-web1.jpgAngeln Saddleback :Negara asal: Angeln, northern Germany. Kacukan diantara Landrace hitam dan putih dengan Wessex-Saddleback. Jalur putih di atas badan yang hitam. Bersaiz besar. Jantan 350kg, betina 300kg. Terlalu lemak untuk pengguna. Kesuburan tinggi. Ibu yang baik dengan susu yang banyak. Baka yang kurang dan hampir pupus.

arapawa1.jpgArapawa Island : Negara asal: Arapawa island, New Zealand. Menyerupai Oxford Sandy dan Black, Berkshires dan Tamworths.

.

baxuyen-1.jpgBa Xuyen : Negara asal: Mekong River delta, Vietnam Selatan . Campuran Berkshire dan Bo Xu. Berbadan pendik, dam mempunyai tompokan hitam dan putih yang lebih kurang sama ; telinga bersaiz sederhana dan kaki kecil. Berat 100kg apabila berumur 12 bulan. Purata anak yang hidup lahir ialah 8 ekor.

Bazna

Negara asal: Tengah Transylvania region, Romania. Kacukan diantara Berkshire dan Mangalitsa, dan diperbaiki dengan menggunakan baka Wessex dan Hampshire .Berwarna hitam dengan lilitan putih di bahagian batang tubuh di bahu dan termasuk kaki depan. Lebar lilitan ialah sehingga 30-40cm. Terdapat juga , kaki belakang, muncung dan hujung ekor berwarna putih seperti baka Berk . Bulu agak lebat, licin, sedikit kerinting dengan purata panjang 4cm. Berat ibu dewasa 160-180kg dan jantan 180-220kg. Kenaikan berat badan harian semasa penggemukan ialah 550-600g dengan penukaran makanan 5.5kg. Babi muda sesuai untuk pengemukan diperingkat awal, dengan berat badan 90-110kg semasa sembelihan. Terbaik ialah 140-160kg apabila nisbah pejal/lemak ialah 1.3-1.4. Cepat berkembang biak dengan purata 9.5 ekor anak setiap kelahiran, anggaran bercerai susu 8. Semasa hayat 8-12 kelahiran .

Bentheim Black Pied

Negara asal: German Utara. Juga dikenali sebagai Buntes Bentheimer Schwein. Kacukan baka tempatan dengan Berkshire dan Cornwalls. Berbadan putih dengan tompokan hitam di dalam cecincin kelabu. bersaiz sederhana; jantan 250kg, betina 180kg. Tahan lasak dan panjang umur. Daya kesuburan yang tinggi (9.2 anak/kelahiran). Baka yang jarang didapati dan hampir pupus.

Berkshire

Negara asal: Reading, England. Daya pertumbuhan yang cepat dan effsien; pedaging. Kualiti karkas yang terbaik. Pengeluar hams dan bakon yang berkualiti dan citarasa yang unik. Pembiakan yang effisien.

Black Slavonian

Juga dikenali sebagai Crna slavonska, Schwarzes slovonisches, Faiferica, Pfeifer. Baka pedaging. Kacukan Berkshire dan Poland China dengan Black Mangalitsa.

Chester White

Negara asal: Chester County, Pennsylvania. Dahulu dikenali sebagai Chester County White.

Duroc

Negara asal: Eastern United States. Asalnya dikenali sebagai Duroc-Jersey. Berbagai warna dari warna keemasan yang terang , kekuningan sehinggalah warna merah gelap dan ke warna mahogany.

Fengjing

Negara asal: Taihu Lake, China. Adalah diantara baka yang cepat berkembang biak di dunia. Kadar hidup embrio yang tinggi dan bilangan anak yang banyak. Dua ekor anak setahun adalah biasa. Umur matang ialah 2 1/2-3 bulan. Berat betina hidup 69.6kg

Gloucestire Old Spots

Negara asal: Berkeley Valley, England. Pada satu ketika dipanggil “Babi Dusun” kerana dipelihara di ladang epal dan tempat dadih susu dibuat. Baka hitam dan putih, kebanyakan putih. Telinga yang berat dan terlentok. Ibu terkenal dengan anak yang banyak dan pengeluar susu yang tinggi.

Hampshire

Salah satu baka Amerika yang tertua. Mempunyai nama yang pelbagai termasuk Thin Rind, McKay, McGee, Saddleback dan Ring Middle. Berwarna hitam dengan lingkaran putih. Terkenal dengan saiz badan yang besar. Disukai kerana ianya cepat berkembang biak, tahan lasak dan kualiti karkas yang ketara.

Hezuo

Negara asal: Plateau region, China. Mempunyai bulu yang panjang , kasar dan lebat. Kadar tumbesaran yang perlahan dan daya berkembang biak yang rendah dengan saiz bilangan anak 4-7. Lima pasang puting .

Jinhua

Negara asal: China. Berbadan putih, hitam di kepala dan bahagian punggung dan ini ia selalunya dipanggil ” hitam di dua hujung “. Ciri ketara ialah mempunyai kulit nipis, tulang halus dan daging lembut dan terkenal di pasaran antarabangsa. Cepat matang; boleh dibiakkan pada umur 3-4 bulan. Daya berkembang biak yang sederhana dengan purata bilangan anak 13. Tujuh pasang puting.

Kele

Bahagian belakang yang lengkung; muncung yang panjang dan lurus. Ciri yang ketara ialah lemak tebal di belakang (5.1-7.2cm) dan lebih lemak visceral (15.6% dari berat karkas). Daya berkembang biak yang rendah dengan bilangan anak 7-8 dan 5-6 pasang puting

Krskopolje

Negara asal: Slovenia. Juga dikenali sebagai “Babi Bertali pinggang hitam”. Bahagian belakang badan selalunya hitam, dan bahagian depan pula keputih-putihan — berupa bentuk jaluran lebar berwarna putih mengelilingi badan. Kepala yang rata dengan telinga besar yang bergantung. Sederhana subur, selera makan yang baik, tumbesaran yang baik dan berat dewasa yang besar ialah (250-300kg). Kebolehan yang unggul ialah boleh mengeluarkan lemak dan daging yang berkualiti terbaik.

Kunekune

Kecil dari baka yang lain. Kaki pendik, badan pendik dan bulat. Muncung pendik dan menogak ke atas. Ciri yang ketara dan unik ialah ia mempunyai rambu yang panjang 4 cm yang tergantung dari rahang bawah Warnanya termasuk hitam, hitam dan putih, putih, keemasan, tan dan perang. Jantan subur pada umur 6-7 bulan; babi dara secepatnya umur 5 bulan tetapi dinasihatkan supaya dibiakkan sehingga umurnya 1 tahun. Nibah terbaik untuk daging dan lemak.

Large Black-White

Negara asal: China. Berbulu hitam dan tompok putih. Belakang yang cekung sikit dan labuh, perut yang terlentok. Baka yang cepat matang; Pertama kali dibiak pada umur 3-4 bulan. daya berkembang biak yang baik dengan 13 ekor anak/kelahiran. 7pasang puting.

Lithuanian Native

Negara asal: Lithuania. Juga dikenali sebagai Vietines kiaules. Mempunyai warna yang berlainan: putih, hitam, tan, tetapi kebanyakannya pelbagai warna. Jantan dewasa – 260kg, betina 180kg. Babi pengemuk akan naik berat badan 600g sehari. Panjang karkas 92.5cm. Purata bilangan anak 11.4 ekor.

Mangalitsa

Negara asal: Austria-Hungary. Juga dikenali sebagai Wollschwein (German), Mangulica, Mangulac, Mangalita, Mangaliza, Mangalica, Hungarian Curly Coat, Porc laineux des Pacages, Wollhaariges. Pelbagai warna – putih kekuningan (chief), hitam atau swallow-bellied, merah dan Kula. Diminati kerana bakon dan pengeluar lemak babi. Sesuai untuk pengeluar daging babi yang banyak. Terbaik untuk sosej. Tegap dan mempunyai daya tahanan terhadap penyakit dan stress.

Meishan

Negara asal: Taihu Lake, China. Lambat membesar. Berat betina hidup ialah 61.6kg . Peratus dressing 66.8%. Rasa sungguh sedap. Daya ketahanan terhadap penyakit. Salah satu babi yang mempunyai daya berkembang biak yang terbaik Matang pada umur 2 1/2-3 bulan; Kadar hidup embrio yang tinggi dan bilangan anak satu kelahiran ialah 15-16 ekor. 2 kelahiran setahun adalah biasa.

Middle White

Negara asal: Yorkshire. Pedaging. Purata bilangan anak per kelahiran ialah 8.15 ekor.

Minzhu

Negara asal: Utara China. Juga dikenali sebagai Ming, Min or Da Min. Lambat membesar. Badan bersaiz besar. Berat betina hidup 88.3kg. Peratus dressing 72.2%. Rasa yang amat sedap. Daya ketahanan terhadap penyakit. Senang dikenali kerana ianya berbulu hitam dan amat panjang. Baka yang mempunyai daya berkembang biak yang baik. Matang pada umur 3-4 bulan; kadar hidup embrio yang tinggi dan kadar anak babi yang dilahirkan tinggi iaitu 15-16 ekor.

Mong Cai

Negara asal: Vietnam. Badan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Kepala hitam dan telinga yang kecil dan tegak. Tompokan hitam di badan dan jalur putih dari satu bahagian perut ke bahu hingga ke bahagian lain perut. Daya berkembang biak yang baik, boleh sesuaikan diri dengan kualiti makanan yang teruk dan daya ketahanan penyakit yang baik. Purata bilangan anak per kelahiran ialah 12.

Mukota

Pada asasnya 2 kelas; satu pendik , gemuk dan muncung pendik; dan satu lagi hidung panjang dan belakang yang “tajam”. Berwarna hitam. Terkenal kerana lasak dan boleh sesuaikan diri dengan suasana tropika terutama sekali kepanasan , daya ketahanan yang tinggi walau pun dengan zat makanan yang kurang sesuai. Pengambilan air yang rendah. 6 litres untuk seekor anak cukup untuk seminggu. Umur mula beranak ialah dari 6-12 bulan. Purata bilangan anak/kelahiran 6.5-7.5

Mora Romagnola

Negara asal: Ravenna province, Italy. Berwarna perang gelap dengan “coppery hue”. Betina mempunyai bulu yang tebal dan panjang di bahagian belakang dan kulit kelabu gelap dengan warna merah jambu di bahagian bawah. Berbadan panjang. Kepala panjang dengan profil yang lurus dan telinga yang mengadap ke hadapan dan menutup puncung yang panjang dan tirus. Purata berat yang matang 250-300kg. Tidak daya berkembang biak (5-6 anak) dan pengeluaran susu yang rendah untul anak-anak.

Moura

Negara asal: Brazil. Baka yang jarang didapati . Juga dikenali sebagai Estrela, Estrelense, Mouro and Pereira. Selalunya berwarna biru roan, kadang-kadang merah roan.

Neijang

Berbadan besar. Kulit tebal. Cepat matang. Jantan muda akan mula mengawan pada umur 2 bulan; babi dara 3 bulan. Purata bilangan anak per .kelahiran ialah 10.6. Ada 7 pasang puting.

Ningxiang

Negara asal: Hunan province, China. Juga dikenali sebagai Ninsya atau Ninsyan (Russian), Ning-Chang (German). Bulu bercorak ” awan hitam dengan salji serta cecincin perak mengelilingi tengkuk”. Bahagian belakang sedikit cekung, perut geleber dan berayun-ayun. Purata bilangan anak/kelahiran 11.5. Ada 7 pasang puting.

Ossabaw Island Hog

Negara asal: Ossabaw Island, Georgia. Warnanya termasuk hitam, tompok hitam dan putih, merah dan tan. Kecil. telinga tegak, berbulu berat dan muncung yang panjang.

Philippine Native

Samada hitam atau hitam dengan perut berwarna putih. Pelbagai termasuk Ilocos dan Jalajala. Nisbah pertukaran makanan yang rendah. Daya berkembang biak yang paling baik. Kemungkinan telah pupus pada masa ini.

Pietrain

Negara asal: Pietrain, Belgium. Bersaiz sederhana. Berwarna putih dengan tompok hitam dan ini adalah ciri-ciri dimana terdapat sedikit pigmentasi yang menunjukkan bulu putih. Juga dirujuk sebagai tanda “piebald”. Telinga tegak. Kaki pendik jika dibandingkan dengan baka lain, berbadan tegap dan agak lebar di bahagian belakang. Nisbah daging pejal dan lemak agak tinggi. Baka yang elok untuk daging segar proses. Daya berkembang biak yang baik tapi kurang pengeluaran susu..

Poland China

Tidak boleh ditandingi dengan baka-baka lain kerana berat badan yang maksima untuk setiap peringkat umur yang dinyatakan. Pemakan yang terbaik dan mudah naik berat badan. Juga dikenali kerana mempunyai tulang yang kuat/teguh.

Vietnamese Potbelly

Negara asal: Vietnam. Juga dikenali sebagai Pot Belly. Baka yang kerdil. Membesar sepenuhnya apabila berumur 5 tahun, purata berat badan ialah 70-150lb. dan ada yang 200lbs atau lebih, 3′ panjang dan 15″ tinggi. Warna ialah hitam pekat ke putih pekat dengan tompokan di celah-celah

Red Wattle

Negara asal: New Caledonia. Juga dikenali sebagai Red Waddle. Jenis daging yang pejal. Rasa yang terbaik. Rupa seperti Duroc atau kacukan Tamworth/Duroc , tetapi mempunyai sepasang “pial” tergantung dari leher.

Swabian-Hall

Negara asal: Schwabisch Hall, Germany. Besar. Putih dan bahagian kepala dan belakang warna hitam. Hujung ekor dan muncung juga berwarna putih Warna diantara hitam dan putih ialah zon kelabu. Jantan – 350kg; betina – 280kg. Tahan lasak, panjang umur. Kesuburan tinggi (9.2 ekor anak/kelahiran) dan ibu yang baik dengan susu yang amat banyak.

Tamworth

Negara asal: Ireland dimana ia dipanggil The Irish Grazer. Khas untuk bakon. Mempunyai reputasi sebagai pengeluar bakon yang terbaik. Berbadan panjang. Kepala panjang, muncung agak panjang dan lurus. telinga tegak. Berbulu merah. Berbeza-beza dari merah keemasan ke merah gelap. Baka yang berkualiti tinggi dan paling aktif. Juga ibu yang terbaik.

Thuoc Nhieu

Negara asal: Vietnam. Putih dengan bulu piebald . Daya berkembang biak yang sederhana 8-10 ekor anak per kelahiran. Terkenal kerana berkebolehan menjadi ibu yang baik. Boleh mencapai 100kg berat hidup pada umur 10 bulan.

Tibetan

Berat badan yang ringan (35kg). Kepala yang sempit dan panjang, muncung lurus. Berbulu hitam yang panjang dan lebat. Daya berkembang biak yang rendah dengan jumlah anak yang kecil iaitu 5. Ada 5 pasang puting.

Turopolje

Berbulu putih kerinting, Tompokan hitam di kedua-dua belah badan, kulit tiada pigmen. berbadan panjang. Umbing susu yang elok dengan 10-12 puting. Lima anak babi/brood. Mempunyai daya ketahanan dari penyakit yang tinggi.

(sumber : http://www.jphpk.gov.my/Malay/bakababi.htm)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: